Vietnam berharap dapat meningkatkan kerjasama dengan Yangpu agar mendorong kerjasama antara Vietnam dengan Hainan. Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung berkata demikian semasa berkunjung ke Kawasan Pembangunan Ekonomi Yangpu, bandar Haikou, Provinsi Hainan, bahagian selatan China pada petang semalam.
Nguyen Tan Dung menyatakan bahawa Hainan ialah jiran bagi Vietnam dan Yangpu boleh memainkan peranan penting bagi mendorong kerjasama perdagangan antara Vietnam dan Hainan. Beliau berharap pelabuhan Yangpu seawal mungkin membuka laluan ke bandar Hai Phong dan Ho Chi Minh supaya dapat mengurangkan kos perdagangan Vietnam dengan China.
|