Hingga tahun 2010, Yunnan akan menukar 500 ribu tan minyak dengan 10 juta tan sayur-sayuran, jumlah perdagangannya mencatat kira-kira 500 juta dolar Amerika.
Perusahaan China-Thailand memulakan perdagangan "tukar minyak dengan sayur-sayuran". Ini ekoran perjanjian yang ditandatangani oleh perusahaan dari China dan Thailand baru-baru ini di Daerah Autonomi Etnik Dai, Xishuang Banna, Provinsi Yunnan yang menukar minyak Thailand dengan sayur-sayuran Yunnan.
Kapal minyak milik Kumpulan Petrokimia Xishuang Banna akan mengangkut sayur-sayuran Yunnan ke Thailand melalui Sungai Lancang-Mekong, dan mengangkut balik minyak dari Syarikat Petrolium Thailand ke Yunnan.
Provinsi Yunnan mengeluarkan lebih 10 juta tan sayur-sayuran yang berkualiti tinggi setiap tahun, manakala eksport minyak Thailand ke Yunnan sangat mudah dan permintaan Yunnan terhadap minyak juga agak besar. Oleh itu, perdagangan "tukar minyak dengan sayur-sayuran" antara China-Thailand dapat saling menenuhi keperluan kedua-dua pihak.
|