Jumlah perdagangan China-ASEAN pada setengah tahun pertama tahun ini mencapai 115.8 bilion dolar Amerika, meningkat 40% berbanding dengan masa yang sama tahun lalu. ASEAN tetap merupakan rakan dagang keempat terbesar bagi China. Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Yao Shenhong memaklumkan demikian dalam sidang akhbar menjelang Ekspo China-ASEAN ke-5 serta Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN ke-5 di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi hari ini.
Beliau berkata, China dan ASEAN meletakkan sasaran bahawa jumlah perdagangan kedua-dua pihak melebihi 200 bilion dolar Amerika pada tahun 2010. Namun, matlamat tersebut telah dapat diwujudkan lebih awal pada tahun 2007. Kadar peningkatan perdagangan China-ASEAN pada setengah tahun pertama tahun ini juga lebih tinggi berbanding dengan kadar peningkatan perdagangan China-A.S. dan China-Jepun.
Yao Shenhong menambah, China dan ASEAN telah menandatangani perjanjian barangan dan perkhidmatan mengenai pembangunan kawasan perdagangan bebas. Rundingan tentang perjanjian pelaburan sedang diadakan.
|