v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Membenarkan Petani Mengalihkan Hak Penyewaan Tanah dengan Pelbagai Cara

2008-10-21 16:29:45 CRI

Dokumen penting yang bertujuan meningkatkan pembaharuan di desa China telah dikeluarkan pada 19 Oktober. Ia secara rasmi membenarkan kaum tani mengalihkan hak penyewaan tanah pertanian secara sah. Pakar pertanian China ketika diwawancara oleh wartawan radio kami menyatakan bahawa dokumen itu akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi di desa dengan berkesan dan menambah hasil pertanian serta jumlan pendapatan kaum tani di China.

Dokumen yang diluluskan dalam Sidang Pelno ke-3 Jawatankuasa Pusat ke-17 Parti Komunis China yang baru ditutup merupakan suatu komponen dalam rancangan meningkatkan jumlah pendapatan bersih per kapita penduduk di desa sekali ganda pada tahun 2020 daripada jumlahnya pada tahun 2008. Sistem penyewaan tanah untuk kaum tani telah dilaksanakan di desa China pada akhir tahun 1970-an. Berdasarkan sistem tersebut, tanah pertanian di desa tergolong kepada tanah pertanian kolektif, tetapi tanah yang keluasannya kecil dapat disewakan kepada kaum tani dengan kontrak bagi jangka masa yang panjang.

Ahli penyelidikan dari Pusat Penyelidikan Ekonomi Desa Kementerian Pertanian China, Encik Zhao Yutian menyatakan bahawa kebenaran yang diberikan kepada petani untuk mengalihkan hak penyewaan tanah merupakan perubahan besar kepada sistem pengurusan tanah pertanian yang asal. Hal ini akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi di desa dengan lebih berkesan dalam masa panjang. Beliau menyatakan bahawa dokumen ini membawa dua erti penting, iaitu pertama, pengalihan hak penyewaan tanah menjadi lebih pesat sejak memasuki abad ini, namun prosesnya gagal disebabkan tanpa sokongan dasar terhadapnya. Dokumen tersebut telah memainkan peranan penting bagi menstandardkan proses pengalihan penyewaan tanah. Kedua, ia memainkan peranan besar bagi meningkatkan produktiviti pertanian, penggunaan teknologi canggih, menarik pelaburan dari dalam dan luar negara serta meningkatkan pemasaran produk pertanian.

China merupakan sebuah negara pertanian yang besar. Lebih daripada 700 juta orang petani menguruskan pertanian di tanah yang kecil dengan keberkesanan yang kurang. Seandainya pengeluaran berskop besar dapat diwujudkan melalui pengalihan hak penyewaan tanah, daya saing pertanian di China mungkin dapat ditingkatkan secara besar-besaran, jumlah pendapatan kaum tani juga boleh meningkat, dan proses pembangunan urbanisasi juga boleh dimajukan. Encik Zhao Yutian berkata bahawa kaum tani dibenarkan untuk melaksanakan pengalihan hak penyewaan tanah bagi mengusahakan pengeluaran secara besar-besaran, jumlah pengeluaran dan jumlah pendapatan kaum tani akan meningkat. Ia akan menarik lebih banyak modal, teknologi yang baru, dan menjamin peningkatkan peruntukan kepada sektor pertanian.

Menurut dokumen itu, pusat pemasaran pengalihan hak penyewaan tanah akan ditubuhkan di pelbagai tempat. Kaum tani diizinkan menjalankan pengeluaran berskop besar dan modal disediakan oleh kerajaan kepada mereka. Di samping itu, peruntukan kepada infrastruktur pertanian juga dapat dipertingkatkan dan daya pengeluaran bahan makanan juga dapat dipertingkatkan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |