Sidang Asia ke-7 Tentang Agama untuk Keamanan telah ditutup di Manila, ibu negara Filipina hari ini. Pemimpin-pemimpin lima agama utama di China ketika diwawancara oleh wartawan radio kami di sidang tersebut menyatakan bahawa mereka bersedia memainkan peranan untuk mewujudkan keamanan dan keharmonian di Asia dan dunia.
Lebih 300 orang wakil dari 30 buah negara dan kawasan telah menghadiri persidang agama yang bertema: " Mewujudkan Keamanan di Asia". Delegasi dengan 28 orang anggota yang dihantar oleh Jawatankuasa Kedamaian Golongan Beragama di China itu, termasuk pemimpin lima agama iaitu, agama Buddha, Tao, Islam, Katolik dan Kristian.
Naib Presiden Tetap Persatuan Patriotik Agama Katolik China, Liu Bonian berkata, agama-agama di China mempunyai kedudukan yang sama dan persengketaan tidak pernah terjadi antara satu sama lain. Jawatankuasa Kedamaian Golongan Beragama di China yang terdiri daripada tokoh-tokoh lima agama utama di China mempertahankan persahabatan, kedamaian, perkembangan dan kerjasama, mengobarkan tradisi mencintai tanah air, agama dan keamanan di China, meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan pelbagai pertubuhan kedamaian beragama di dunia dan serantau, memelihara penyatuan negara dan memajukan kedamaian dan pembangunan bersama di dunia.
China melaksanakan dasar kepercayaan agama secara bebas. Terdapat lebih 100 juta orang penganut agama, dan lebih 85 ribu tempat yang disediakan untuk mengadakan aktiviti agama. Naib Pengarah Persatuan Katolik China, Puan Gao Ying berkata bahawa penganut agama di China mengamalkan kepercayaan beragama secara bebas. Pelbagai kalangan agama di China menjalinkan hubungan secara harmoni. Kami dapat membuat sumbangan dalam aspek pembangunan keharmonian agama di Asia.
Naib Pengarah Persatuan Agama Tao China, Ren Farong berkata bahawa walaupun ajaran dari pelbagai agama berbeza-beza, namun tujuannya adalah sama. Mereka menganjurkan kedamaian. Seandainya kedamaian tidak dianjurkan, agama itu tidak bernilai. Presiden Persatuan Islam China, Chen Guangyuan berkata bahawa mengeratkan persaudaraan dan persefahaman antara pelbagai golongan agama mempunyai erti penting bagi mencegah serta menyelesaikan pelbagai pertentangan. Kami giat menyelesaikan pertentangan melalui saluran dialog untuk mewujudkan kedamaian.
Naib Ketua Pengarah Persatuan Agama Buddha China Xue Cheng menyatakan bahawa Sidang Asia ke-7 tentang Agama untuk Kedamaian dengan tema: Mewujudkan Keamanan di Asia ini mempunyai erti yang penting. Kumpulan agama China datang ke Manila untuk menghadiri sidang ini dengan meningkatkan kedamaian di Asia dan di dunia.
|