China dan ASEAN aktif mendorong pembinaan kawasan perdagangan bebas, mempertingkat kerjasama ekonomi subkawasan dan mendorong pelaburan dan perdagangan yang lebih mudah. Naib Perdana Menteri China, Wang Qishan berkata, pada 9 bulan pertama tahun ini, jumlah perdagangan China-ASEAN mencatat 180.4 bilion dolar Amerika. Kedua-dua pihak merupakan rakan dagang keempat terbesar bagi pihak yang lain. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN Ke-5 yang bertema "Visi yang Luas, Tindakan yang Aktif" di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China hari ini.
Katanya, China bersedia terus meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan ASEAN.
Tokoh politik negara anggota ASEAN dan pegawai kanan pertubuhan antarabangsa termasuk Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) hadir pada upacara perasmian tersebut. Dalam tempoh sidang kemuncak itu, para peserta akan mengadakan perbincangan mengenai dua topik, iaitu "kerjasama antara syarikat kecil dan sederhana" serta "pelaburan dan kerjasama".
|