Ekspo China-ASEAN sebagai platform pertukaran dan kerjasama yang penting, telah mendorong kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pelancongan.
Menteri Perdagangan China, Chen Deming menyatakan demikian semasa perasmian Ekspo China-ASEAN Ke-5 di Naning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi pagi tadi.
Beliau berharap China dan pelbagai negara ASEAN akan terus meningkatkan kerjasama untuk mewujudkan perkembangan bersama.
Ketika berucap, Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Surin Pitsuwan menyatakan, ekspo tersebut telah menjadi salah satu aktiviti yang paling penting bagi kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan ASEAN. Sebanyak 2100 buah syarikat dari China dan ASEAN akan mempamerkan produk mereka dalam ekspo tersebut yang berlangsung selama 4 hari.
Ekspo kali ini telah menarik syarikat dari Perancis dan Jepun untuk menyertai pameran. Ini akan terus mendorong pertukaran dan kerjasama antara China dan ASEAN dengan rantau yang lain.
|