Kerjasama serantau merupakan tindakan baik untuk menangani krisis kewangan global.
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Surin Pitsuwan menyatakan demikian ketika diwawancara malam tadi.
Beliau berkata, kini, kesan krisis kewangan global lebih buruk berbanding dengan krisis kewangan Asia Tenggara yang berlaku 10 tahun yang lalu. Sebuah negara tidak boleh menangani krisis tersebut sendirian, maka, kerjasama serantau amat penting. China dan ASEAN sedang bersama-sama untuk menangani kesan krisis tersebut.
Beliau menyatakan, pemimpin negara-negara ASEAN akan menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah yang akan diadakan di Beijing, untuk membincangkan usaha menangani krisis kewangan global.
|