v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Gilani Berharap Sidang Kemuncak Asia-Eropah Menjadi Platform Pertukaran
2008-10-22 13:38:33 CRI

Sidang Kemuncak Asia-Eropah Ke-7 yang akan diadakan di Beijing merupakan peluang Pakistan untuk meningkatkan hubungan persahabatan dengan pelbagai negara dari Asia dan Eropah.

Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani berkata demikian ketika diwawancara oleh media China di Pejabat Presiden semalam.

Beliau menyatakan, Pakistan sedang menghadapi dua isu penting iaitu antikeganasan dan pembangunan ekonomi, antaranya, tugas pertama adalah membanteras keganasan dan puak pelampau. Tentang masalah antikeganasan, kerajaan Pakistan akan mendorong dialog politik dan perkembangan serantau serta memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah. Mengenai isu pembangunan ekonomi, kerajaan Pakistan akan meningkatkan kepelbagaian ekonomi dan mengembangkan pertanian untuk menghadapi krisis akibat kenaikan harga bahan makanan global. Beliau juga berharap negara-negara Asia dan Eropah meningkatkan kerjasama dalam bidang sumber tenaga untuk membantu negara-negara yang menghadapi masalah sumber tenaga.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |