v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Menteri Luar Malaysia Temui Perdana Menteri Thailand Berhubung Isu Kemboja
2008-10-22 15:26:26 CRI

Menurut berita Bernama, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Rais Yatim di Bangkok hari ini menemui Perdana Menteri Thailand Somchai Wongsawat untuk menyampaikan mesej Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya Thailand dan Kemboja berusaha meredakan ketegangan antara kedua negara bagi mengelak berlaku konflik bersenjata.

Jumaat lepas Kabinet Malaysia memutuskan supaya Perdana Menteri menghantar mesej itu kepada rakan sejawatannya di Thailand atas semangat Asean, memandangkan sebarang konflik ketenteraan antara Thailand dan Kemboja akan membawa akibat buruk kepada rantau ini.

Dilaporkan, Thailand dan Kemboja terlibat dalam pertikaian sempadan berhampiran dengan kuil Preah Vihear dan ada laporan yang membayangkan kedua-dua negara itu kini di ambang peperangan. Kuil Preah Vihear, yang dikenali sebagai Phra Viharn di Thailand, dinamakan sebagai Tapak Warisan pada mesyuarat Unesco di Quebec, Kanada baru-baru ini, walaupun Thailand membantah keputusan itu.

Pertelingkahan bermula sehari selepas Perdana Menteri Kemboja Hun Sen memberi kata dua kepada tentera Thailand supaya meninggalkan kawasan sempadan yang menjadi pertikaian itu atau hadapi kemungkinan perang. Somchai dan Hun Sen dijadualkan bertemu di luar Sidang Kemuncak Asia dan Eropah yang dijadualkan pada hari Jumaat dan Sabtu di Beijing.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |