v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lee Hsien Loong Sanjung Tinggi Pencapaian China yang Cemerlang bagi Tempoh 30 Tahun yang Lalu

2008-10-22 15:49:49 CRI

Atas undangan Perdana Menteri China, Wen Jiabao, rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong memulakan lawatannya ke China dari 22 hingga 27 bulan ini, dan menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah Ke-7. Sebelum lawatan ini, Lee Hsien Loong telah diwawancara oleh pemberita kami.

Beliau memberi penilaian yang tinggi terhadap pencapaian China yang cemerlang dalam tempoh 30 tahun lalu, iaitu sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan. Kata beliau: "Saya rasa, pencapaian ini cukup mengagumkan. Dalam tempoh selama 30 tahun, China berubah menjadi sebuah negara yang semakin berpengaruh di rantau Asia. Pencapaian tersebut boleh dilihat dari dua aspek, iaitu pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dan perubahan yang besar dalam fikiran orang ramai."

Beliau juga menyanjung tinggi hubungan China-ASEAN, dan peranan China yang semakin penting dalam mendorong pembangunan secara damai, bukan sahaja di Asia malahan di seluruh dunia. Menurutnya: "Pembangunan China amat penting bagi Asia dan seluruh dunia. Jika China terus mempertingkat interaksi dengan masyarakat antarabangsa, kita semua akan mendapat manfaat. China juga memainkan peranan yang penting dalam urusan antarabangsa. Penglibatannya amat diperlukan dalam Rundingan Pusingan Doha, dan isu konvensyen rangka kerja PBB tentang perubahan iklim dan isu nuklear Semenanjung Korea."

Ketika menyentuh isu perjanjian perdagangan bebas China-Singapura yang akan ditandatangani, Lee Hsien Loong berkata: "Saya merasa sangat gembira kerana perjanjian ini akan ditandatangani. Ia merupakan lambang penting yang membuktikan perkembangan hubungan persahabatan kedua-dua negara. Perjanjian tersebut merupakan pemangkin bagi pertumbuhan perdagangan antara kita."

Sidang Kemuncak Asia-Eropah Ke-7 ini berlangsung dengan latarbelakang pergolakan kewangan global yang semakin serius. Jadi, persoalan bagaimana meningkatkan kerjasama antara Asia dengan Eropah dan menghadapi krisis kewangan global sekarang merupakan fokus utama sidang kali ini. Lee Hsien Loong menyatakan: "Ribut kewangan yang melanda seluruh dunia kini merupakan topik perbincangan utama sidang ini. Negara-negara di dunia sedang mengambil langkah masing-masing untuk menanganinya. Namun, sekiranya kerjasama antarabangsa dijayakan, kesan negatif pada sesebuah negara ekoran tindakan yang dilakukan oleh negara lain akan dapat dielakkan. Kemelesetan ekonomi sudah dikesan di A.S., Eropah dan Jepun. Saya rasa, negara-negara Asia juga akan dilanda krisis ini, termasuk China dan India. Oleh itu, bagaimana mengambil langkah untuk menghadapi kemerosotan entiti-entiti ekonomi ini perlu segera difikirkan."

Ketika memperkatakan tentang tema sidang tersebut, iaitu "Berdialog, bekerjasama dan saling menguntungkan", beliau mengeluarkan pandangannya tentang cabaran yang dihadapi oleh Asia dan Eropah. Kata beliau: "Isu-isu seperti krisis kewangan, kemelesetan ekonomi global, rundingan perjanjian perdagangan dan perubahan iklim adalah antara cabaran yang sedang dihadapi oleh seluruh dunia. Asia dan Eropah boleh menjayakan kerjasama dalam bidang budaya, pendidikan dan teknologi untuk menghadapi perubahan iklim. "

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |