Malaysia yakin Guangxi mampu memainkan peranan yang lebih penting dalam mendorong kerjasama antara China dengan Malaysia, khususnya dalam bidang perdagangan, industri pertanian dan perlindungan alam sekitar.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen menyatakan keyakinan itu kerana Guangxi yang mempunyai kelebihan dari segi geografi dan iklim.
Beliau yang mengetuai delegasi Malaysia ke Ekspo China-ASEAN Ke-5 telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Jawatankuasa Bandar Beihai, Guangxi Parti Komunis China, Wen Kahua di Nanning hari ini.
Wen Kahua memberikan penerangan tentang kerjasama antara Guangxi dengan Malaysia dalam pelbagai bidang beberapa tahun kebelakangan ini dan usaha-usaha bagi mengembangkan Kerjasama Ekonomi Pan Teluk Beibu.
|