v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ekspo China-ASEAN Satu Platform Bagus bagi ASEAN
2008-10-22 19:43:40 CRI

Ekspo China-ASEAN merupakan satu platform yang bagus bagi ASEAN dan juga Brunei Darussalam untuk memperkenalkan perkara-perkara yang penting dari segi pelancongan dan perdagangan antara China dengan ASEAN.

Pengarah Pelancongan Brunei Darussalam, Sheikh Jamaluddin bin Sheikh Mohammed berkata demikian dalam wawancara dengan wartawan CRI di Nanning, Guangxi hari ini.

Beliau yang hadir majlis perasmian Ekspo China-ASEAN ke-5 pagi ini berkata: "Saya sebagai Pengarah Pelancongan ingin memperkenalkan tentang keunikan Brunei Darussalam dari segi kampung air, hutan rimba dan adat budaya Brunei kepada China, kerana China ialah sebuah negara yang besar dan penting bagi Brunei dari segi pelancongan dan juga pemasaran."

Beliau menambah, melalui menyertai Ekspo China-ASEAN, kedatangan pelancong dari China meningkat 42% berbanding tahun lepas. "Jadi, nampaklah ini akan lebih lagi memperkenalkan Brunei," kata beliau.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |