Polis Indonesia menangkap lima orang suspek pengganas hasil operasi yang dilakukan pada 21 Oktober lalu.
Kelima-lima suspek itu dikesan sedang merancang untuk mengadakan letupan di gudang bahan bakar yang terbesar di Jakarta.
Demikian diumumkan jurucakap Polis Indonesia, Sulistyo Ishak dalam sidang akhbar yang diadakan di Jakarta semalam.
Beliau berkata, polis juga merampas sejumlah senjata api, bahan kimia dan 2.5 kilogram bahan letupan di sebuah bangunan di Jakarta dalam operasi tersebut.
|