China dan Singapura memeterai Perjanjian Perdagangan Bebas di Beijing hari ini.
Pemeteraian perjanjian tersebut disaksikan bersama oleh Perdana Menteri, Wen Jiaobao dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong.
Wen Jiabao berkata, penandatanganan perjanjian itu menandakan hubungan ekonomi dan perdagangan China-Singapura serta hubungan dua hala telah mencapai satu tahap yang lebih tinggi.
Lee Hsien Loong pula berkata, Perjanjian Perdagangan Bebas tersebut akan secara besar-besaran mendorong perkembangan hubungan China-Singapura serta kerjasama rantau Asia Timur.
Menurut perjanjian tersebut, Singapura akan membatalkan cukai bagi produk dari China bermula 1 Januari tahun depan. China pula akan menghapuskan cukai terhadap 97.1% produk dari Singapura menjelang 1 Januari tahun 2012. Selain itu, perjanjian tersebut juga melibatkan bidang perdagangan perkhidmatan seperti perubatan, pendidikan dan perakaunan.
Selepas pemeteraian perjanjian itu, Lee Hsien Loong telah menemui Presiden Hu Jintao. Hu Jintao menyatakan, China akan bersikap bertanggungjawab dan berusaha bersama-sama masyarakat antarabangsa bagi memelihara kestabilan sistem kewangan dan ekonomi dunia.
Dalam pertemuan itu, Lee Hsien Loong berkata, negara-negara Asia perlu meningkatkan kerjasama untuk menghadapi krisis kewangan antarabangsa dan bersama-sama memberi sumbangan untuk memelihara kestabilan kewangan antarabangsa.
Pada hari yang sama, Lee Hsien Loong juga ditemui Naib Perdana Menteri China, Li Keqiang.
|