Sebanyak 80 projek kerjasama ekonomi antarabangsa yang berjumlah lebih 3.5 bilion dolar Amerika telah ditandatangani dalam Ekspo China-ASEAN Ke-5 di Nanning, Guangxi petang semalam.
Projek-projek tersebut melibatkan pelbagai sektor seperti industri pembuatan, pelancongan, infrastruktur, sumber tenaga dan pengangkutan, pertanian dan pemprosesan hasil pertanian. Daripadanya, terdapat 31 projek kerjasama antara China dengan negara-negara ASEAN yang berjumlah hampir 1.1 bilion dolar Amerika. Vietnam, Singapura dan Kemboja merupakan negara kerjasama dan pelaburan yang utama bagi usahawan China.
|