v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sidang Kemuncak Asia-Eropah Mengutamakan Perbincangan Mengenai Krisis Kewangan Global

2008-10-23 15:16:01 CRI

Sidang Kemuncak Asia-Eropah ke-7 akan dirasmikan di Beijing pada 24 hingga 25 Oktober. Sarjana China menganggarkan bahawa semasa berlangsungnya siding kemuncak tersebut, pemimpin pelbagai negara Asia dan Eropah akan bertukar-tukar pendapat secara menyeluruh untuk menangani krisis kewangan global yang menjadi semakin buruk dan giat mendorong kerjasama Asia-Eropah dalam bidang kewangan.

Sidang Kemuncak Asia-Eropah ke-7 akan mengutamakan perbincangan mengenai bagaimana meningkatkan kerjasama Asia-Eropah bagi menangani krisi kewangan global berlatarbelakangkan krisis kewangan sejagat pada masa ini.

Pengarah Institut Pengajian Ekonomi Dunia Akademi Hubungan Antarabangsa Moden China, Puan Chen Fengying ketika diwawancara wartawan CRI menyatakan bahawa Sidang Kemuncak Asia-Eropah ke-7 akan mengutamakan perbincangan dalam tiga aspek, iaitu menstabilkan pasaran kewangan, menubuhkan semula sistem kewangan dan menstabilkan situasi kewangan negara masing-masing.

Kata Chen: "Pelbagai pihak perlu membincangkan tindakan bersama bagi menstabilkan pasaran kewangan. Selain itu, masalah pembaharuan sistem kewangan antarabangsa perlu dibincangkan. Sistem kewangan yang tidak bersesuaian dengan perkembangan ekonomi global mesti dibaharui bagi mencegah berulangnya krisis kewangan yang begitu hebat. Dan akhirnya, setiap negara perlu terlebih dahlu menstabilkan pasaran kewangan domestik masing-masing."

Pengarah Institut Pengajian Eropah Akademi Hubungan Antarabangsa Moden China, Encik Feng Zhongping berpendapat bahawa selain krisis kewangan, isu perubahan iklim sejagat dan sumber tenaga juga akan diutamakan dalam Sidang Kemuncak Asia-Eropah ke-7 ini.

Kata Feng: "Kedua-dua pihak Asia dan Eropah akan mengadakan perbincangan tentang keselamatan sumber tenaga, kepelbagaian struktur sumber tenaga, kerjasama sumber tenaga dan perubahan iklim. Menyentuh tentang masalah perubahan iklim, Eropah mengharapkan negara membangun dapat dimasukkan ke dalam rangka menangani perubahan iklim sejagat, di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi.."

Seramai 38 orang Presiden atau pemimpin kerajaan akan menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah ke-7 yang dirasmikan di Beijing dan angka itu mencipta rekod yang terbanyak dalam sejarah sidang kemuncak itu.

Dr. Hu Dawei yang bertugas di Institut Pengajian Eropah Akademi Masalah Antarabangsa China berpendapat bahawa pelbagai negara anggoat Sidang Kemuncak Asia-Eropah menumpukan perhatian terhadap sidang kemuncak yang dirasmikan di Beijing kali ini, ini akan mendorong perkembangan Sidang Kemuncak Asia-Eropah dan meningkatkan kerjasama yang praktikal dalam pelbagai bidang.

Kata Hu: "Tumpuan terhadap sidang kemuncak kali ini, khususnya usaha diplomatik pelbagai hala yang dilakukan di peringkat pemimpin kerajaan menyediakan dorongan dan jaminan politik bagi perkembangan selanjutnya Sidang Kemuncak Asia-Eropah. Ia pasti akan bermanfaat bagi menyempurnakan mekanisme dan meningkatkan kerjasama yang praktikal."

----DAZHONG

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |