v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pembangunan Pesat China Mainkan Peranan Penting bagi Tingkatkan Kedamaian dan Kemajuan di Dunia.

2008-10-23 16:04:20 CRI

Atas undangan Perdana Menteri China, Wen Jiabao, Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung telah mengadakan lawatan secara rasmi ke China pada 20 hingga 23 Oktober dan menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah ke-7. Ketika diwarancara oleh pemberita radio kami di Beijing hari ini beliau telah menyanjung tinggi kejayaan besar yang dicapai oleh China sejak ia melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka pada 30 tahun yang lalu.

Beliau menyatakan bahawa kejayaan yang dicapai oleh China pembaharuan dan pintu terbuka selama 30 tahun merupakan perkara yang ajaib di dunia. China telah menjadi entiti ekonomi ketiga yang terbesar di dunia. Keluaran Dalam Negara Kasar Per kapita China yang berpenduduk 1.3 bilion orang mencatat lebih 2 ribu dolar Amerika, jumlah itu meningkat 65% daripada tahun 2002.

Beliau menyatakan bahawa kerajaan kedua-dua negara Vietnam dan China akan bersama-sama mebincangkan cara mengatasi krisis kewangan di dunia sekarang ini. Beliau menyatakan bahawa peningkatan ekonomi yang pesat di China memainkan peranan penting bagi pertumbuhan ekonomi serantau di dunia. Pertumbuhan ekonomi China telah menyumbangkan 16% daripada peningkatan GDP sedunia. China bukan sahaja tidak gagal dalam krisis kewangan pada tahun 1997, malah telah memainkan peranan penting bagi membantu pelbagai negara serantau dapat mengatasi krisis kewangan.

Menyentuh perkembangan kerjasama ekonomi kedua-dua negara Vietnam dan China, beliau berkata, hubungan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara Vietnam dan China mencapai perkembangan yang pesat. Jumlah perdagangan dua hala Vietnam dan China berjumlah 16 bilion dolar Amerika pada tahun 2007, dan jumlah itu melebihi 15 bilio dolar Amerika yang ditetapkan oleh pemimpin kedua-dua negara yang akan dicapai pada tahun 2010. Jumlah ini meningkat 52% daripada tahun 2006. Jumlah perdagangan dua hala mencatat 16 bilion dolar Amerika pada awal 9 bulan pertama tahun 2008.

Beliau menyatkan bahawa Vietnam selamanya mentingkan peningkatan hubungan rakan kerjasama dan strategik antara Vietnam dengan China. China merupakan negara yang penting bagi Vietnam untuk meningkatkan hubungan dengan beberapa negara di dunia. Lebih-lebih Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nong Duc Manh telah mencapai kata sepakat dengan Presiden China, Hu Jintao bagi menjalinkan hubungan rakan strategic yang menyeluruh antara Vietnam dengan China ketika mengadakan lawatan ke China pada bulan Mei tahun ini. Pihak Vietnam berpendapat bahawa perkara ini merupakan batu tanda bagi meningkatkan secara besar-besaran kerjasama dan persahabatan antara kedua-dua negara. Vietnam bersedia meningkatkan prtukaran lawatan peringkat tinggi dengan pihak China, dan merapatkan hubungan dan meningkatkan kerjasama.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |