Kerjasama global diperlukan untuk menghadapi krisis kewangan. Demikian dinyatakan oleh Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU), Jose Manuel Barroso semasa menyampaikan ucapan di Institut Pentadbiran Negara China di Beijing semalam.
Menurutnya, krisis kewangan sekarang menunjukkan, setiap pihak perlu saling bergantung dan saling membantu. Kerjasama yang lebih baik dalam jangka panjang diperlukan untuk memastikan ketelusan pasaran di samping memulihkan keyakinan. Selain itu, perlu usaha melindungi keperluan dalaman yang stabil dan menggalakkan perdagangan antarabangsa untuk mengurangkan kesan negatif krisis tersebut terhadap entiti ekonomi.
Beliau menegaskan, China perlu diberikan lebih banyak peluang untuk bersuara dalam sistem kewangan antarabangsa yang baru.
Menurutnya, EU bersedia mempertingkat kerjasama dengan China, menggalakkan perkembangan hubungan rakan strategik, mewujudkan hubungan yang saling menguntungkan agar bersama-sama menghadapi cabaran pada masa depan.
|