v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kerjasama Saling Menguntungkan Asia dan Eropah Pilihan Terbaik
2008-10-24 16:55:17 CRI

Sidang Kemuncak Asia-Eropah ke-7 dirasmikan di Beijing hari ini.

Kerjasama yang saling menguntungkan antara Asia dengan Eropah merupakan pilihan terbaik bagi kedua-dua pihak.

Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Hu Jintao semasa berucapa merasmikan Sidang Kemuncak Asia-Eropah Ke-7 di Beijing hari ini.

Katanya, kedua-dua pihak perlu menggunakan kelebihan ekonomi yang saling melengkapi, meningkatkan kerjasama, menangani pergeseran perdagangan melalui dialog dan rundingan, dan bersama-sama menghadapi cabaran global.

Hu Jintao memuji dan menyokong langkah positif yang diambil oleh beberapa negara untuk menghadapi krisis kewangan antarabangsa. China akan berusaha bersama dengan masyarakat antarabangsa untuk mengekalkan kestabilan kewangan dan ekonomi antarabangsa.

Tema sidang kali ini ialah "dialog, kerjasama dan saling menguntungkan". Pemimpin daripada 45 buah negara anggota Sidang Kemuncak Asia-Eropah akan mengadakan perbincangan dalam tiga bidang, iaitu politik, ekonomi dan sosiobudaya. Mereka juga akan bertukar-tukar pendapat mengenai situasi kewangan antarabangsa sekarang.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |