v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China akan Terus Sokong Pembangunan Ekonomi Kemboja
2008-10-24 15:44:09 CRI

China akan terus menyokong pembangunan ekonomi Kemboja. Perdana Menteri, Wen Jiabao berkata, pihaknya akan mendorong program kerjasama utama antara kedua-dua pihak, meningkatkan kerjasama dalam pembinaan kemudahan pengairan dan infrastruktur dalam rangka kerjasama serantau sub-kawasan Sungai Mekong besar.

Beliau berkata demikian hari ini ketika ditemui rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Sen yang datang ke Beijing untuk menyertai Sidang Kemuncak Asia-Eropah Ke-7.

Hun Sen menyatakan, Kemboja berharap China terus menyokong dan menyertai pembangunan ekonomi Kemboja dan meningkatkan kerjasama dalam pembinaan kemudahan pengairan dan infrastruktur.

Wen Jiabao juga ditemui oleh Perdana Menteri Thailand, Somchai Wongsawat. Wen Jiabao berkata, China bersedia mengekalkan pertukaran peringkat tinggi dengan Thailand, memperkukuh hubungan persahabatan dan mendorong kerjasama strategik kedua-dua negara. Kerajaan China menyokong syarikat China menyertai projek pembinaan infrastruktur dan secara aktif mendorong peningkatan berterusan perdagangan kedua-dua negara.

Somchai Wongsawat berkata, Thailand bersedia terus meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang. Thailand berharap China mengekalkan pembangunan, yang sangat penting bagi Thailand, ASEAN dan serantau.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |