v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Rundingan Sempadan Thailand-Kemboja Diadakan dengan "Pelbagai Peringkat"
2008-10-24 16:56:55 CRI

Thailand dan Kemboja mengadakan rundingan mengenai pertikaian sempadan dengan pelbagai peringkat untuk meredakan ketegangan ekoran pertempuran pasukan tentera kedua-dua negara dekat Kuil Preah Vihear minggu lalu.

Komander tentera kedua-dua negara telah mengadakan rundingan peringkat sederhana di Siemreab, Kemboja semalam untuk membuat persiapan kepada sidang rasmi peringkat tinggi tentera kedua-dua negara hari ini. Menteri Pertahanan Kemboja Tea Banh menyatakan, rundingan tersebut telah menyelesaikan banyak isu dan diteruskan dengan rundingan hari ini yang akan terus meredakan situasi.

Gabenor empat provinsi Kemboja juga mengadakan rundingan dengan gabenor empat provinsi Thailand untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelancongan.

Perdana Menteri Hun Sen dan rakan sejawatnya dari Thailand, Somchai Wongsawat dan Perdana Menteri Kemboja, HunSen yang sedang menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah di Beijing juga akan mengadakan rundingan dua hala tidak rasmi hari ini untuk membincangkan penyelesaian isu pertikaian sempadan kedua-dua negara.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |