Perdana Menteri Thailand, Somchai Wongsawat dan rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Sen yang menyertai Sidang Kemuncak Asia-Eropah Ke-7 telah mengadakan rundingan di Beijing dan mencapai kata sepakat mengelakkan perbalahan tentera di sempadan kedua-dua negara.
Menteri Luar Thailand, Sompong Amornvivat menyatakan demikian di Beijing hari ini. Beliau menyatakan, kedua-dua pemimpin itu mencadangkan bahawa pasukan tentera kedua-dua pihak tidak menerusikan situasi perbalahan ketenteraan. Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja, Hor Namhong pula menyatakan, rundingan tersebut bukan sahaja meredakan ketegangan di sempadan Kemboja-Thailand, tetapi juga meningkatkan hubungan kerjasama kedua-dua negara.
|