v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Buat Kali Ketiga Membahaskan Draf "Undang-undang Keselamatan Makanan"

2008-10-24 16:10:01 CRI

China mengambil tindakan secara berterusan bagi menangani masalah keselamatan makanan selepas skandal susu tepung bayi berlaku sebulan lalu. "Undang-undang Keselamatan Makanan" yang sedang digubal bertujuan menyempurnakan sistem "ambil balik" makanan yang dikesan bermasalah dan sistem pemeriksaan serta meningkatkan kawalan terhadap bahan tambahan dalam makanan. Setelah memperolehi pengalaman daripada skandal susu tepung bayi, China menjalankan pindaan secara bersungguh-sungguh terhadap draf undang-undang tersebut yang telah diserahkan kepada Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan semalam untuk dibahaskan bagi kali ke-3.

Sukatan melamin yang melampau dikesan dalam produk susu yang dihasilkan oleh beberapa buah syarikat tenusu China termasuk Syarikat Sanlu pada bulan September tahun ini. Skandal itu mencerminkan kecuaian kerajaan China dalam kerja-kerja mengawal dan menyelia pengeluaran makanan serta membangunkan sistem pemeriksaan.

Setelah skandal tersebut berlaku, Perdana Menteri China, Wen Jiabao berkata: "kita hendaklah mengambil iktibar daripada peristiwa itu dan meningkatkan pembangunan sistem yang berkaitan. Kita perlu mengambil kira penyeliaan dan pemeriksaan terhadap setiap rantai pengeluaran serta pemasaran."

Draf "Undang-undang Keselamatan Makanan" yang akan dibahaskan di Kongres Rakyat Kebangsaan menetapkan bahawa kerajaan bertanggungjawab bagi menjalankan penyeliaan dan pemantauan terhadap keselamatan makanan bagi seluruh proses pengeluaran dan pemasarannya. Undang-undang dan peraturan yang berkaitan telah digubal bagi menjamin pengeluaran dan pengedaran makanan, perkhidmatan restoran serta pengeluaran, penggunaan dan pengelolaan bahan tambahan dalam makanan. Selain itu, pemantauan dan penilaian terhadap risiko keselamatan makanan juga ditetapkan dalam undang-undang tersebut untuk mengesan kemungkinan berlakunya peristiwa kecemasan tepat pada waktunya.

Naib Pengerusi Suruhanjaya Undang-undang Kongres Rakyat Kebangsaan China, Encik Liu Xirong memaklumkan satu peraturan baru yang paling menonjol.

Kata beliau: "Keselamatan makanan yang terancam pada masa ini berpunca daripada kpenyalahgunaan bahan tambahan dalam makanan. Draf undang-undang ini menetapkan bahawa jabatan pentadbiran kesihatan Dewan Negara perlu menjalankan pindaan terhadap jenis, lingkungan penggunaan, sukatan penggunaan bahan tambahan dalam makanan berdasarkan keputusan penilaian risikonya."

Selain meningkatkan penyeliaan, China menyempurnakan mekanisme bagi menangani peristiwa kecemasan yang berkait dengan keselamatan makanan.

Kata Liu Xirong: "Jabatan kesihatan patut mengatur serta-merta rawatan untuk mereka yang sakit atau cedera ekoran peristiwa kecemasan keselamatan makanan, merampas makanan dan bahan mentah yang mungkin menyebabkan peristiwa kecemasan dan mendesak pihak syarikat mengambil balik dan memusnahkan makanan serta bahan mentah yang dikesan tercemar."

Ketua Pengarah Jabatan Undang-undang Dewan Negara China, Cao Kangtai berkata: " 'Undang-undang Keselamatan Makanan' perlu digubal bagi menjamin keselamatan makanan dan menyempurnakan sistem kebersihan makanan, kerana sistem dan mekanisme seumpama itu kurang sempurna di China pada masa ini, dan hukuman terhadap pengeluar serta penjual makanan yang tercemar pula terlalu ringan."

----DAZHONG

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |