v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Masyarakat Antarabangsa Berkerjasama untuk Mengatasi Krisis Kewangan

2008-10-24 15:53:09 CRI

Jurucakap Kementerian Luar China, Liu Jianchao dalam sidang akhbar di Beijing semalam menyatakan bahawa beberapa buah negara Asia dan Eropah yang menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah ke-7 yang akan dirasmikan sepatutnya meningkatkan kerjasama dan penyelarasan dasar untuk mengatasi krisis kewangan sekarang.

Ketika menyentuh situasi kewangan antarabangsa yang kini semakin buruk, Liu Jianchao menyatakan bahawa negara-negara maju dan negara membangun terjejas akibat krisis kewangan sejagat yang sedang berlaku ini, masyarakat antarabangsa perlu meningkatkan kerjasama bagi menghadapinya. Beliau menyatakan bahawa yang paling penting ialah negara-negara di dunia sepatutnya meningkatkan kerjasama, menyelaraskan dasar, lebih-lebih untuk mengukuhkan keyakinan terhadap pasaran kewangan untuk mengatasi krisis kewangan global sekarang.

Beliau menyatakan bahawa kami bukan hanya setakat yakin, malah akan mengambil tindakan bersa-sama untuk mencegah perebakan krisis kewangan antarabangsa, mengelakkan krisis kewangan ini daripada menjejaskan ekonomi sebenar dan mengelakkan kemerosotan ekonomi global dan menyelidik kaedah pembaharuan sistem ekonomi antarabangsa.

Sidang Kemuncak Asia-Eropah pernah berjaya membantu mengatasi krisis kewangan dalam sejarah. Dalam Sidang Kemuncak Asia-Eropah Ke-2 yang dirasmikan di London Britain pada tahun 1998, negara-negara Asia dan Eropah berjaya membuat keputusan untuk membantu negara-negara Asia memulihkan kestabilan kewangan melalui pembentukan tabung amanah Asia-Eropah, hingga krisis kewangan yang membebankan masyarakat dapat diatasi dengan jayanya. Liu Jianchao berkata bahawa kerjasama antarabangsa dan serantau amat diperlukan untuk menangani krisis kewangan, seperti yang berlaku pada tahun 1998. Tindakan yang serupa diperlukan untuk menangani krisis kewangan sekarang.

Ketika menjawab soalan tentang adakah China akan menyertai Sidang Kemuncak Kewangan Antarabangsa yang dianjurkan di Amerika Syarikat pada bulan November, Liu Jianchao menyatakan bahawa China memberikan perhatian kepada sidang yang berkenaan, dan sedang mempertimbangkan positif bagi menyertai sidang tersebut. Beliau menyatakan bahawa negara-negara Asia dan Eropah termasuk China memberikan perhatian kepada kerjasama dengan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat juga berhasrat untuk meningkatkan kerjasama dengan negara-negara Asia dan Eropah untuk menjamin peningkatan pertumbuhan ekonomi dunia yang mantap.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |