Kemboja dan Thailand memutuskan untuk menghapuskan ketegangan di kawasan sempadan kedua-dua negara yang berlangsung selama beberapa bulan, dan memulihkan keamanan di sana.
Sidang Ke-11 Jawatankuasa Sempadan Kemboja-Thailand selama dua hari berakhir di Siem Reap Kemboja semalam.
Kedua-dua pihak menyatakan akan berusaha mengawal keadaan masing-masing di kawasan sempadan untuk mengelakkan konflik bersenjata berlaku sekali lagi. Selain itu, kedua-dua negara juga akan meneruskan rundingan, mencari kaedah untuk menyelesaikan pertikaian sempadan secara damai. Mereka juga akan bertukar-tukar maklumat untuk melindungi persekitaran di sempadan, membanteras jenayah melintasi sempadan dan menjamin pembangunan ekonomi dan kehidupan penduduk di kawasan sempadan.
|