v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Peranan Kaum Wanita Perlu Diperhatikan dalam Tindakan Mengurangkan Bencana Asia-Pasifik
2008-10-25 16:46:33 CRI

Peranan kaum wanita perlu diperhatikan dalam tindakan mengurangkan bencana di rantau Asia-Pasifik. Pelbagai negara perlu menyusun rancangan mengurangkan bencana dari sudut pandangan kaum wanita bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam kerja-kerja mencegah dan mengurangkan bencana serta pembangunan semula pasca bencana.

Naib Presiden Persekutuan Kaum Wanita Kebangsaan China, Huang Qingyi menyeru demikian dalam Sidang Meja Bulat Peringkat Menteri Forum Kaum Wanita China-ASEAN Ke-2 di Nanning, Guangxi baru-baru ini.

Menurutnya, rantau Asia-Pasifik merupakan kawasan yang sering dilanda bencana. Tsunami di Lautan Hindi pada tahun 2004 dan Gempa Bumi Wenchuan yang berlaku pada Mei tahun ini membuktikan wanita merupakan kaum yang paling teruk terjejas akibat bencana.

Katanya, konsep tentang pencegahan bencana perlu dimasukkan dalam kerja-kerja kaum wanita. Ini bukan sahaja menggalakkan penglibatan dan pembangunan kaum wanita, tetapi juga berfaedah bagi mendorong pembangunan masyarakat yang harmoni.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |