v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sidang Kemuncak Asia-Eropah Ke-7 Keluarkan Kenyataan mengenai Situasi Kewangan Antarabangsa

2008-10-25 20:13:26 CRI

Sidang Kemuncak Asia-Eropah ke-7 selama dua hari telah ditutup di Beijing hari ini. Masalah kewangan antarabangsa menjadi topik utama dalam sidang kali ini. Para peserta membincangkan pengaruh krisis kewangan terhadap ekonomi Asia, Eropah dan seluruh dunia dan berjanji segera mengambil langkah agar mendorong pertumbuhan ekonomi sejagat. Sidang tersebut juga meluluskan "Kenyataan Sidang Kemuncak Asia-Eropah Ke-7 mengenai Situasi Kewangan Antarabangsa", yang mengemukakan cadangan bagi menangai krisis kewangan.

Sidang Kemuncak Asia-Eropah kali ini diadakan dengan latar belakang tercetusnya krisis kewangan antarabangsa. Sebagai tuan rumah, China menyusun semula topik dan menjadikan situasi ekonomi dan kewangan antarabangsa sebagai topik utama bagi sidang kemuncak kali ini. China juga secara aktif meningkatkan penyelarasan dengan pelbagai negara a agar mendorong Asia dan Eropah bekerjasama bagi menghadapi krisis tersebut. Semasa mempengerusikan sidang pleno pertama Sidang Kemuncak Asia-Eropah ke-7 pada petang semalam, Perdana Menteri, Wen Jiabao berkata:

"Topik sidang kali ini adalah untuk membincngkan situasi ekonomi dan kewangan antarabangsa. Kami menetapkan masalah ekonomi dan kewangan antarabangsa sebagai topik utama disebabkan ini merupakan masalah yang paling diperhatikan oleh masyarakat antarabangsa pada masa ini, dan juga berkaitan rapat dengan kepentingan pelbagai negara dari Asia dan Eropah. Krisis kewangan kali ini sangat serius. Pelbagai negara dan pertubuhan berturut-turut mengambil langkah dan berharap lengkah tersebut berkesan dengan secepat mungkin. Manakala, kerjasama global juga diperlukan untuk mengatasi krisis. Negara-negara Asia dan Eropah merupakan kekuatan penting bagi memelihara kestabilan kewangan antarabangsa dan mendorong pertumbuhan ekonomi dunia. Kita perlu berusaha bersama dan memperlihatkan keyakinan, perpaduan dan kerjasama kepada seluruh dunia."

Sidang kemuncak kali ini mengeluarkan kenyataan mengenai situasi kewangan antarabangsa. Dalam kenyataan tersebut, para peserta berpendapat krisis kewangan antarabangsa yang terus merebak di seluruh dunia telah menjadi cabaran serius terhadap ekonomi dunia, lebih-lenih lagi kestabilan kewangan dan pembangunan ekonomi pelbagai negara Asia dan Eropah. Untuk menghadapi cabaran, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy menyeru Eropah dan Asia mengadakan kerjasama supaya dapat saling melengkapi. Beliau berkata:

"Di Asia dan Eropah, terdapat 2/3 penduduk dan separuh harta daripada seluruh dunia. Sama ada Asia dan Eropah dapat bersama-sama mengatasi cabaran atau tidak merupakan masalah yang kita hadapi. Bagi kita, kerjasama bukanlah pilihan, tetapi tugas. Pertumbuhan ekonomi, kepintaran dan daya cipta Asia diperlukan oleh Eropah. Serentak dengan itu, teknologi, pengalaman dan kestabilan yang milik Eropah juga diperlukan oleh Asia."

Dalam kenyataan tersebut juga menegaskan, kerajaan pelbagai negara perlu segera mengambil langkah yang berkesan untuk menghadapai cabaran ekoran krisis kewangan. Pemimpin pelbagai negara peserta bertekad mengadakan pembaharuan yang berkesan terhadap sistem kewangan antarabangsa dan menyokong mengadakan sidang kemuncak mengenai krisis kewangan di Washington pada 15 Noverber agar membincangkan prinsip untuk menghadapi krisis masa ini dan pembaharuan terhadap sisitem kewangan antarabangsa supaya memelihara kestabilan dan pembangunan ekonomi dunia dalam jangka panjang.

Tentang peranan kenyataan tersebut dalam usaha memlihara pasaran kewangan dunia, Ketua Jabatan Penyelidikan Ekonomi Dunia Akademi Hubungan Antarabangsa Moden China, Cheng Fengying berkata:

"Kenyataan ini termasuk tiga kandungan. Yang pertama, negara-negara Asia telah mengemukakan bahawa situasi kewangan antarabangsa dan trend pembanguannya pada masa depan perlu diperhatikan oleh seluruh dunia, kerjasama diperlukan antara Asia dan Eropah. Kedua, kenyataan tersebut telah menilai pengaruh krisis kewangan kali ini terhadap ekonomi dunia, lebih-lebih lagi terhadap ekonomi pasaran baru dan kawasan yang kurang membangun di dunia. Ketiga, kenyataan tersebut mengemukakan keperluan pencapaian sebuah persepakatan tentang pembaharuan sistem kewangan pada masa depan. Masyarakat antarabangsa perlu berusaha bersama untuk menyelesaikan ketinggalan penyeliaan kewangan, kekurangan sistem kewangan dan pelbagai masalah yang lain. Semua masalah yang dikemukakan dalam kenyataan tersebut akan menjadi rujukan bagi sidang kemuncak kewangan global yang akan diadakan pada 15 November. Oleh itu, pengeluaran kenyatan ini tepat pada waktu dan telah mengemukan keperhatian bersama Asia-Eropah."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |