Kerjasama dengan PBB merupakan batu asas bagi pelaksanaan dasar luar Myanmar.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Pertama Majlis Keamanan dan Pembangunan Negara Myanmar, Tin Aung Myint Oo dalam aktiviti sambutan Hari PBB semalam.
Beliau berkata, Myanmar sentiasa mengekalkan hubungan kerjasama dengan PBB dalam pelbagai bidang. Selepas Myanmar dilanda bencana taufan pada Mei lalu, kumpulan penyelamat dari ASEAN dan PBB telah memainkan peranan penting dalam kerja menyelamat dan pembangunan semula pasca bencana.
Beliau menambah, berdepan dengan cabaran-cabaran global pada era globalisasi ini, tidak ada mana-mana negara mampu menangani cabaran-cabaran tersebut secara bersendirian, sebaliknya pelbagai negara perlu mengambil tindakan secara bersepadu di bawah pimpinan PBB.
|