Forum Pelancongan ASEAN 2009 yang bertema "Pelancongan ASEAN—Menjangkau ke Tahap yang Tinggi" akan diadakan di Hanoi pada 5 hingga 12 Januari tahun depan.
Jabatan Pelancongan Negara Vietnam mengumumkan demikan dalam sidang akhbar yang diadakan di Hanoi semalam.
Forum yang berlangsung selama 8 hari tersebut akan menyediakan platform pertukaran antara ASEAN dengan negara-negara yang lain. Aktiviti utama dalam forum tersebut termasuk Sidang Menteri Pelancongan ASEAN dan Ekspo Pelancongan ASEAN.
Jabatan Pelancongan Negara Vietnam menyatakan, ini merupakan kali pertama bagi Vietnam mengadakan Forum Pelancongan ASEAN, dan iaakan menyediakan peluang yang baik untuk mempamerkan pemandangan dan adat resam Vietnam kepada dunia dan mendorong perkembangan sektor pelancongan Vietnam.
|