Sidang Kemuncak Asia-Eropah Ke-7 telah mengeluarkan tiga dokumen iaitu Kenyataan mengenai Situasi Kewangan Antarabansga, Perisytiharan Beijing tentang Pembangunan secara Berterusan dan Kenyataan Pengerusi. Selain itu, sidang tersebut juga meluluskan pelbagai cadangan kerjasama dalam bidang sosioekonomi, kebudayaan dan pembangunan secara berterusan.
Perdana Menteri China, Wen Jiabao menyatakan demikian dalam majlis penutupan sidang kemuncak tersebut yang diadakan di Beijing petang tadi. Pemimpin dari 45 anggota Sidang Kemuncak Asia-Eropah telah menyertai majlis penutupan tersebut.
Menteri Luar China, Yang Jiechi ketika diwawancara menyatakan, sidang kali ini mencapai hasil yang diharapkan dan mencerimkan keazaman Asia-Eropah untuk meningkatkan kerjasama bagi menghadapi krisis kewangan.
|