v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sidang Kemuncak Asia-Eropah ke-7 Capai Hasil yang Diharapkan

2008-10-25 21:13:10 CRI

Sidang Kemuncak Asia-Eropah ke-7 berakhir di Beijing petang tadi. Selain mengeluarkan kenyataan untuk meningkatkan kerjasama Asia-Eropah dalam menangani krisis kewangan, sidang kali ini juga mencapai pelbagai hasil yang menggalakkan dalam bidang keselamatan bahan makanan, kerjasama penyelamatan bencana, pembangunan secara berterusan dan perubahan iklim.

Perdana Menteri China, Wen Jiabao berpendapat, hasil sidang kali ini akan memberikan sumbangan besar kepada kerjasama Asia-Eropah. Kata beliau, pelbagai negara perlu memperkukuh keyakinan, meningkatkan kerjasama dan menjelaskan tanggungjawab, agar bersama-sama menghadapi krisis kewangan antarabangsa.

"Semua negara, lebih-lebih lagi negara maju, perlu mengambil tindakah segara untuk menstabilkan pasaran dan memulihkan keyakinan orang ramai. Di samping itu, kita perlu meningkatkan kerjasama antara pelbagai negara bagi menghadapi krisis kewangan yang serius ini. Pada masa ini, tugas yang paling mendesak adalah untuk menstabilkan pasaran kewangan dan mengurangkan risiko akibatnya," kata Perdana Menteri Wen Jiabao.

Selain krisis kewangan, para peserta juga mengadakan perbincangan dan mengemukakan pelbagai cadangan yang bersifat membina berhubung keselamatan makanan, kerjasama penyelamatan bencana, pembangunan berterusan, perubahan iklim dan dialog antara pelbagai tamadun.

Dalam Perisytiharan Beijing mengenai Pembangunan Berterusan yang diluluskan sidang kali ini, pelbagai negara berjanji untuk mewujudkan Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) menurut jadual, meningkatkan kerjasama antarabangsa di bawah prinsip "tanggungjawab yang sama tetapi berlainan", menangani isu perubahan iklim dan keselamatan tenaga agar mewujudkan masyarakat yang harmoni.

Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU), Jose Manuel Barroso berkata: "Kita tidak mengabaikan cabaran global selain daripada krisis kewangan, seperti perubahan iklim dan pencapaian matlamat MDG. Perisytiharan Beijing mengenai Pembangunan Berterusan telah mengemukakan prinsip-prinsip yang akan menjadi panduan kepada kita untuk menangani pelbagai cabaran global tersebut."

Kenyataan Pengerusi yang dikeluarkan sidang kemuncak kali ini pula mencerminkan pendirian anggota-anggota Sidang Kemuncak Asia-Eropah dalam pelbagai isu penting. Selain itu, sidang kali ini juga meluluskan 17 cadangan kerjasama yang melibatkan sektor ekonomi, masyarakat, kebudayaan dan pembangunan berterusan.

Menteri Luar China, Yang Jiechi ketika diwawancara menyatakan, sidang kali ini mencapai hasil yang diharapkan dan mencerimkan keazaman Asia-Eropah untuk meningkatkan kerjasama bagi mendorong hubungan rakan antara Asia dengan Eropah dan menyumbang kepada keamanan, kemakmuran dan keharmonian dunia.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |