v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Tzipi Livni Cadangkan Pilihan Raya Israel Diadakan Lebih Awal

2008-10-27 13:46:20 CRI

Pemimpin Parti Kadima yang juga Menteri Luar Israel, Puan Tzipi Livni semalam mengemukakan cadangan kepada Presiden, Shimon Peres, agar pilihan raya diadakan lebih awal. Penganalisis menjangka pilihan raya Israel mungkin diadakan pada akhir Januari atau awal Februari tahun depan. Jika begitu, pilihan raya negara tersebut akan diadakan setahun lebih awal daripada jadual asalnya, iaitu pada tahun 2010.

Livni telah memaklumkan rancangan penubuhan kabinetnya kepada Peres di kediamannya petang semalam. Menurutnya, beliau telah berusaha sedaya upaya untuk menubuhkan kabinet, tetapi beliau juga menerima hakikat bahawa kerajaan baru yang hendak ditubuhkan itu tidak mungkin wujud. Beliau tidak akan mengorbankan masa depan ekonomi dan politik Israel untuk menubuhkan kabinet. Dengan situasi sekarang ini, pilihan raya perlu diadakan lebih awal.

Livni yang diberikan mandat oleh Peres mula menubuhkan kabinet pada 22 September lalu. Walaupun mencapai persetujuan dengan Parti Pekerja, namun beliau mengalami kesukaran dalam rundingan dengan Parti Shas. Parti Shas berpendapat bahawa Israel tidak patut betolak ansur kepada Palestin dalam rundingan mengenai kedudukan Baitulmuqaddis pada masa depan. Mereka juga menuntut 1.5 bilion shekel (kira-kiranya 400 juta dolar Amerika) diperuntukkan daripada belanjawan negara pada tahun 2009 sebagai subsidi kepada kanak-kanak miskin. Akan tetapi, cadangan itu ditolak oleh Livni. Kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat untuk menubuhkan persekutuan pentadbiran dalam tempoh 28 hari. Pada 20 Oktober lalu, Peres melanjutkan 14 hari lagi kepada Livni sebagai had masa untuk menubuhkan kabinet. Pada 24 Oktober lalu, pemimpin Parti Shas menghentikan rundingan dengan Parti Kadima dengan dalih tuntutannya tidak dipenuhi. Selepas menimbangkan situasi di dalam dan di luar negara serta unsur-unsur kepentingan parti politik, Livni memutuskan untuk mencadangkan pilihan raya parlimen diadakan lebih awal.

Selepas diberitahu oleh Livni, Peres mula mengadakan mesyuarat dengan pemimpin parti-parti parlimen. Berdasarkan undang-undang Israel, beliau mempunyai masa 3 hari untuk membuat keputusan. Ketika semua mesyuarat berakhir, beliau boleh memberikan mandat kepada seorang ahli parlimen yang lain untuk menubuhkan kabinet, atau memulakan prosedur yang berkaitan dengan pilihan raya yang diadakan lebih awal.

Selepas berunding dengan Peres malam semalam, Menteri Industri dan Perdagangan yang juga Presiden Parti Shas, Eli Yishai memaklumkan bahawa Peres mungkin menerima cadangan Livni. Pemimpin Parti Kadima, Yoel Hasson menyatakan bahawa pihaknya akan mencadangkan untuk membubarkan parlimen hari ini. Presiden Parti Pekerja, Ehud Barak pula menyeru anggota partinya supaya bersatu padu untuk menghadapi pilihan raya.

Salah satu kesan pilihan raya yang diadakan lebih awal ialah pergolakan politik Israel berlanjutan. Selepas Ehud Olmert meletakkan jawatan Perdana Menteri pada 21 September lalu, kaedah yang segera dapat mewujudkan kestabilan situasi politik adalah dengan Livni menubuhkan kabinet dengan jayanya dalam tempoh 42 hari. Kegagalan mencapai harapan itu menandakan arena politik akan terperangkap dalam "situasi perang" yang berlangsung selama beberapa bulan.

Salah satu kesan yang lain adalah prospek rundingan damai Israel-Palestin tidak menentu lagi. Kegagalan Livni dipandang sebagai melanjutkan penggal perkhidmatan Ehud Olmert sebagai Perdana Menteri kerajaan sementara. Olmert mungkin menggunakan peluang ini untuk mendorong rundingan damai Israel-Palestin supaya mencapai kemajuan dalam penggal perkhidmatan Presiden A.S., George W. Bush. Namun, Olmert tidak mempunyai keupayaan politik untuk membuat kompromi dengan Palestin.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |