v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Situasi Baru Dorong Pembentukan Hubungan Rakan Baru Asia-Eropah

2008-10-27 15:05:11 CRI

Sidang Kemuncak Asia-Eropah Ke-7 yang bertema "Berdialog dan Bekerjasama Demi Kejayaan Bersama" telah berakhir di Beijing pada 25 Oktober lalu. Beberapa dokumen dan cadangan kerjasama yang dihasilkan dalam sidang kemuncak kali ini meluahkan hasrat negara-negara Asia dan Eropah mempergiat kerjasama dan membentuk hubungan rakan baru demi menghadapi pelbagai cabaran bersama.

Sidang Kemuncak Asia-Eropah, sebagai forum peringkat paling tinggi dan paling besar skopnya antara kerajaan negara Asia dan Eropah telah mencapai hasil yang nyata dalam kerjasama politik, ekonomi dan sosiobudaya sejak ia pertama kali ia diadakan pada tahun 1996. Sidang Kemuncak Asia-Eropah kali ini diadakan di bawah situasi masyarakat antarabangsa yang agak unik. Duta Besar Kesatuan Eropah ke China, Serge Abou berkata: "Eropah dan Asia, sebagai pengguna sumber tenaga yang besar di dunia menghadapi banyak cabaran yang serupa seperti krisis kewangan, pemanasan global serta cabaran ekoran isu alam sekitar dan kestabilan politik."

Ketua Pengarah Institut Pengkajian Eropah Institut Hubungan Antarabangsa China, Feng Zhongping berpendapat bahawa cabaran-cabaran tersebut menjadikan negara-negara Asia dan Eropah terdesak untuk kerjasama dan mempererat hubungan rakan antara satu sama lain. Kata beliau: "Proses globalisasi ekonomi mengekalkan perkembangan yang pesat di samping dunia ini semakin menuju ke arah kepelbagaian plola pada beberapa tahun kebelakangan ini. Kini Asia dan Eropah lebih terdesak untuk mempergiat kerjasama dan meningkatkan hubungan rakan kerana kedua-dua pihak mempunyai kepentingan bersama dan juga menghadapai cabaran dalam isu yang lebih banyak."

Krisis kewangan yang kini merebak di dunia merupakan cabaran paling utama yang dihadapi oleh negara Asia dan Eropah. Kenyataan mengenai situasi kewangan antarabangsa yang diluluskan dalam Sidang Kemuncak Asia-Eropah kali ini telah memperlihatkan keyakinan negara-negara Asia dan Eropah untuk berganding bahu menangani krisis kewangan tersebut. Ketua Pengarah Institut Pengkajian Ekonomi Dunia Institut Hubungan Antarabangsa China, Chen Fengying menyatakan bahawa keyakinan ini amat penting kepada pasaran kewangan dan berfaedah bagi mencegah krisis kewangan daripada merebak ke pelbagai negara membangun. Kata beliau: "Sidang kemuncak kali ini memberikan keyakinan kepada pasaran. Kini krisis kewangan yang bermula dari A.S. telah menyebabkan pergolakan pasaran kewangan di pelbagai negara Eropah. Seterusnya, krisis kewangan ini mungkin akan memberikan kesan kepada pasaran di negara-negara membangun. Oleh itu, kerjasama antara Asia dengan Eropah boleh memainkan peranan bagi mengelakkan negara-negara membangun daripada dilanda krisis tersebut."

China, selaku tuan rumah giat berusaha untuk menjayakan Sidang Kemuncak Asia-Eropah Ke-7 ini. Berdasarkan masalah terkini yang menjadi tumpuan perhatian pelbagai negara, China menetapkan situasi ekonomi dan kewangan antarabangsa sebagai topik utama dalam sidang kemuncak kali ini dan mengemukakan banyak cadangan berkaitan dengan isu tersebut. Presiden China, Hu Jintao semasa berucap dalam sidang kemuncak kali ini berkata: "China melaksanakan usaha dengan gigih sedapat yang mungkin dan mengemukakan pelbagai pendekatan untuk menangani krisis kewangan ini. Trend pertumbuhan ekonomi China yang mapan merupakan sumbangan penting kepada kestabilan pasaran kewangan sejagat dan perkembangan ekonomi dunia."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |