v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Rundingan Antara Thailand dengan Kemboja Mengenai Pertikaian Sempadan Mencapai Kemajuan
2008-10-27 10:54:22 CRI

Rundingan antara Thailand dengan Kemboja mengenai persengketaan kawasan sempadan bersama telah mencapai kemajuan. Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Thailand, Sompong Amornvivat menyatakan semalam bahawa Kongres akan membahas rangka rundingan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Bersama Sempadan Thailand-Kemboja esok. Menurut beliau, tentera Thailand dan Kemboja telah mencapai kata sepakat peringkat awal dalam rundingan mengenai masalah kawasan sempadan baru-baru ini.

Kata beliau, Perdana Menteri, Somchai Wongsawat dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen mengadakan sidang tidak rasmi dalam tempoh menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah di Beijing. Kedua-dua pihak menyatakan akan mengadakan kerjasama dan berusaha menyelesaikan persengketaan tersebut melalui rundingan. Thailand dan Kemboja berjanji tidak akan menggunakan cara kekerasan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kementerian Luar Thailand hari ini menyatakan tuduhan Kemboja tentera Thailand merosakkan Tokong Preah Vihear dalam konflik di kawasan sempadan pada pertengahan bulan ini adalah tidak benar.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |