v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Perdana Menteri China-Rusia Adakan Pertemuan Berkala Kali Ke-13

2008-10-29 15:36:25 CRI

Perdana Menteri China, Wen Jiabao dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin mengadakan pertemuan berkala Perdana Menteri China-Rusia kali ke-13 di Moscow semalam. Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri kedua-dua negara itu telah bertukar-tukar pendapat dan mencapai persetujuan tentang peningkatan kerjasama yang pragmatik antara China dengan Rusia dalam pelbagai bidang serta isu-isu antarabangsa dan serantau yang menjadi kepentingan bersama. Perdana Menteri Wen Jiabao berkata: "Pertemuan Perdana Menteri China-Rusia Ke-13 kali ini mempunyai erti yang amat penting dan mendapat perhatian kerana ia diadakan berasaskan hubungan rakan kerjasama strategik kedua-dua negara, apatah lagi ia diadakan dalam situasi krisis ekonomi sejagat."

Dalam sidang akhbar selepas pertemuan selama dua jam itu, Wen Jiabao menegaskan bahawa peningkatan hubungan rakan kerjasama strategik China-Rusia amat penting bagi melindungi kepentingan bersama kedua-dua negara dan memelihara kedamaian dan kestabilan dunia, khususnya dalam situasi masyarakat antarabangsa yang menjadi kian rumit dan pasaran kewangan antarabangsa yan bergolak. Wen Jiabao menyatakan bahawa beliau dan rakan sejawatnya, Vladimir Putin telah bertukar-tukar pendapat dan mencapai persetujuan tentang peningkatan kerjasama pragmatik China-Rusia dalam pelbagai bidang dan isu-isu antarabangsa dan serantau yang menjadi kepentingan bersama. Hal ini bukan sahaja mempunyai erti penting bagi hubungan kerjasama dan persahabatan China-Rusia pada masa ini, malah mempunyai erti yang penting bagi mempererat hubungan kedua-dua negara dalam jangka panjang. Kata beliau: "Hubungan China-Rusia kini berkembang secara menyeluruh berdasarkan prinsip saling menghormati, sama rata dan saling menguntungkan. Dalam pertemuan kali ini, kami memberikan perhatian serius kepada usaha dalam aspek ekonomi dan perdagangan serta kerjasama bagi menangani krisis kewangan global pasa masa ini. Saya yakin, hal ini akan berfaedah bagi memelihara kestabilan ekonomi dan pasaran kewangan serta membantu memastikan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan sihat bagi kedua-dua negara."

Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin pula menyatakan bahawa Rusia bersedia berusaha bersama-sama dengan China untuk mempergiat usaha penyelarasan bagi isu-isu yang penting dan mendorong pertukaran dan kerjasama yang pragmatik dalam pelbagai bidang. Kata beliau: "Di dunia, pada masa ini, sukar bagi kami untuk mencari rakan kerjasama seperti China yang mempunyai mekanisme kerjasama yang baik, dan mempergiat usaha penyelarasan dalam pelbagai bidang secara terus-menerusi. Kami merasakan bahawa kedua-dua pihak perlu memanfaatkan peluang kerjasama ini dengan sepenuhnya dalam pelbagai bidang."

Selain itu, kedua-dua pihak China dan Rusia bersetuju untuk meningkatkan tahap dan kecekapan kerjasama ekonomi, perdagangan dan teknologi dalam bidang penerbangan angkasa lepas dan bahan jenis baru, dan terus meningkatkan kerjasama dalam usaha menangani isu antarabangsa dan serantau.

Perdana Menteri kedua-dua negara juga telah bertukar-tukar pendapat tentang krisis kewangan sejagat pada masa ini dan bersetuju untuk meningkatkan usaha penyelarasan dan kerjasama demi memelihara kestabilan kewangan kedua-dua negara dan dunia.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |