v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kepentingan Negara Membangun Perlu Dipertimbangkan ketika Menangani Krisis Kewangan

2008-10-30 16:53:55 CRI

Bagaimana menangani krisis kewangan pada masa ini telah menjadi topik utama yang dibincangkan dalam Sidang Kemuncak Asia-Eropah yang berakhir di Beijing pada minggu yang lalu. Pemimpin dari beberapa buah negara membangun menyatakan bahawa kesan krisis kewangan kepada pelbagai negara-negara membangun tidak boleh diabaikan. Dengan itu, kepentingan negara membangun perlu diberikan perhatian dalam usaha menangani krisis kewangan pada masa ini.

Kini perhatian masyarakat antarabangsa kebanyakannya ditumpukan kepada negara maju seperti A.S. dan negara-negara di Eropah ketika melakukan usaha menangani krisis kewangan global ini. Walau bagaimanapun, pada hakikatnya negara-negara membangun yang sistem kewangannya kurang sempurna dan kekuatan ekonominya lemah, turut menghadapi ancaman yang serius daripada krisis kewangan sejagat ini. Naib Gabenor Bank Dunia, Profesor Lin Yifu menyatakan bahawa negara-negara membangun mungkin akan mengalami kesan yang lebih serius daripada krisis kewangan ini berbanding negara maju, khususnya masalah kekurangan peraliran modal yang mungkin muncul berikutan kurangnya pelaburan asing. Kata beliau: "Negara-negara membangun mungkin akan dilanda krisis dari segi pembayaran akibat penarikan modal asing, apatah lagi beberapa buah negara membangun masih dibebani defisit yang berjumlah besar."

Kini banyak negara membangun yang sedang mengambil tindakan dengan bersungguh-sunguh untuk menangani krisis kewangan global ini. Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung menyatakan bahawa hingga sekarang indeks saham Vietnam telah menurun dengan kadar 70% berbanding tahun yang lalu, sementara itu harga hartanah negara itu juga mengalami penuruan pada kadar yang besar. Menurut beliau, kerajaan Vietnam akan menangani krisis kewangan kali ini dengan bersungguh-sungguh melalui pelbagai tindakan seperti meningkatkan permintaan dalam negeri dan mempergiat kerjasama serantau. Kata beliau: "Vietnam akan mengemukakan pelbagai pendekatan bagi tujuan merangsang permintaan dalam negeri, meningkatkan eksport, menarik lebih banyak pelaburan asing dan memastikan kestabilan ekonomi terjamin. Di samping itu, Vietnam akan bekerjasama secara rapat dengan China dan pelbagai negara yang lain."

Kerjasama antara pelbagai negara membangun juga dianggap amat penting dalam usaha menangani krisis kewangan sejagat pada masa ini. Perdana Menteri Pakistan, Yusuf Raza Gilani menyatakan bahawa negara membangun mampu memainkan peranan sepenuhnya melalui kerjasama Selatan-Selatan. Kata beliau:"Saya merasakan banyak perkara yang boleh dilakukan oleh negara-negara membangun, seperti mempergiat kerjasama antara sektor perbankan dan juga dalam bidang pelaburan. Saya bangga melihat sesetengah negara membangun yang menjadi rakan kepada Pakistan, sentiasa memberikan bantuan dalam pelbagai aspek kepada kami. Pada pendapat saya, hubungan antara pelbagai negara membangun yang sedia ada perlu diperkukuhkan."

Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Eropah, Jose Manuel Barroso berkata: "Ada orang mengatakan bahawa Asia tidak akan dilanda krisis kewangan kali ini, kerana ia bukan berasal dari negara Asia. Sedangkan hal ini bukan seperti yang dikatakan oleh mereka itu kerana kita adalah saling bergantung."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |