v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Gordon Brown Dorong Peruntukan kepada IMF

2008-11-02 15:48:44 Agensi Berita Xinhua China

Perdana Menteri Britain, Gordon Brown mendorong pelbagai negara menyumbang dana sejumlah ratusan bilion dolar Amerika kepada Pertubuhan Mata Wang Antarabangsa (IMF) agar membantu negara-negara yang mengalami kerugian serius dalam krisis kewangan. Beliau menyatakan demikian semasa mengadakan lawatan ke Arab Saudi semalam.

Beliau berkata, beberapa buah negara pengeluar minyak di kawasan Teluk telah mendapat keuntungan besar daripada kenaikan harga minyak pada beberapa tahun ini. Oleh itu, mereka mampu memberi sumbangan untuk memberikan modal kepada IMF.

Brown juga menyatakan, kerajaan Britain menyokong Bank Barclays, bank kedua terbesar di Britain mengumpulkan dana dari pelabur Asia Barat itu dan mengalu-alukan pelaburan negara-negara di kawasan Teluk yang dibuat di Britain.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |