Negara-negara perindustrian perlu bersungguh-sungguh melaksanakan janji mereka untuk merealisasikan Matlamat Pembangunan Milenium (MDG).
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon yang sedang melawat Bangladesh semalam menyatakan, perubahan iklim sedang mengancam hidup seluruh umat manusia, dan krisis kewangan yang kini merebak di seluruh dunia mungkin akan menghalang penyelesaian masalah ini. Beliau berjanji akan terus menggesa negara-negara tersebut supaya menunaikan janji MDG dalam Sidang Kemuncak Kumpulan 20 mengenai isu kewangan yang akan diadakan di Washington bulan ini serta sidang antarabangsa mengenai isu pembangunan dan pengumpulan modal yang akan diadakan di Doha pada penghujung bulan ini.
|