Mawar biru yang berubah gennya telah dipamerkan di Ekspo Bunga Antarabangsa Tokyo Jepun kelmarin. Mawar biru yang biasanya dijual di pasar sekarang ini sebenarnya adalah mawar putih yang diwarnakan menjadi biru. Manakala, mawar biru yang dipamerkan dalam ekspo ini adalah mawar yang tumbuh dengan warna biru semula jadi kerana pokoknya dicurahkan gen yang boleh melahirkan warna biru supaya kelopak bunga ini dapat menjadi biru.
Dimaklumkan bahawa selepas lulus ujian kepada alam sekitar, mawar biru ini akan mula dijual di pasaran pada musim gugur tahun hadapan.
|