Presiden Rusia, Armenia dan Azerbaijan mengadakan rundingan tentang isu Nagorno-Karabakh di Moscow semalam dan menandatangani kenyataan bagi menyelesaikan isu tersebut secara damai.
Presiden ketiga-tiga negara dalam kenyataan itu menyokong pemulihan situasi di kawasan Caucasus Selatan dan mengiktiraf peranan yang dilakukan oleh Persatuan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE). Ketiga-tiga pihak berpendapat bahawa isu Nagorno-Karabakh perlu diselesaikan secara damai dengan jaminan dokumen antarabangsa yang mempunyai kuasa undang-undang. Presiden ketiga-tiga negara akan meneruskan kerjasama dalam usaha penyelesaian isu tersebut dan memberi mandat kepada Menteri Luar masing-masing bagi mendorong proses rundingan berkenaan.
|