Parti Komunis China bersedia bekerjasama dengan parti-parti politik Indonesia untuk mendorong perkembangan hubungan yang stabil kedua-dua negara dalam jangka panjang dan menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran di rantau Asia.
Demikian dinyatakan oleh Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Zhou Yongkang yang sedang melawat Indonesia selepas bertemu dengan Speaker Parlimen, Agung Laksono dan pemimpin beberapa parti politik negara itu malam semalam .
Zhou Yongkang menghargai interaksi yang dijalankan antara Parti Komunis China dengan parti-parti politik Indonesia. Kata beliau, interaksi dan kerjasama antara parti merupakan komponen penting dalam hubungan China-Indonesia dan juga penjana penting kepada perkembangan hubungan dua hala.
|