v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lawatan Rombongan ARATS ke Taiwan Langkah Penting Merapatkan Hubungan Kedua-dua Pantai Selat Taiwan

2008-11-03 18:49:11 CRI

Rombongan Persatuan Hubungan Seberang Laut Taiwan (ARATS), yang diketuai oleh pengerusi persatuan tersebut Chen Yunlin telah bertolak dari Beijing tengah hari tadi dan tiba di Taipei untuk memulakan lawatan ke sana. Beliau dan Pengerusi Tabung Selat Taiwan (SEF), Chiang Pin-kung akan mengadakan perbincangan tentang beberapa isu. Ini juga merupakan kali pertama bagi kedua-dua pemimpin tersebut mengadakan pertemuan di Taiwan. Penganalisis berpendapat bahawa lawatan kali ini menandakan hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan telah menapak selangkah lagi dalam usaha mencari jalan pembangunan secara damai.

Dialog peringkat tinggi ARATS dan SEF bermula pada tahun 1993. Pada masa itu, bekas pengerusi ARATS, Wang Daohan dan bekas pengerusi SEF, Koo Chen-fu telah mengadakan perbincangan, dan pada masa yang sama, mekanisme rundingan kedua-dua pantai Selat Taiwan telah ditubuhkan. Kemudian, oleh sebab pihak berkuasa Taiwan menafikan "persetujuan tahun 1992" yang mengiktiraf prinsip satu China, perbincangan kedua-dua pihak terputus pula pada tahun 1999. Namun, pada tahun ini, situasi Taiwan berubah, lalu perbincangan antara kedua-dua pihak dimulakan pada bulan Jun yang lalu. Dalam perbincangan itu, kedua-dua pihak mencapai persepakatan tentang penerbangan carter dan pelancong Tanah Besar ke Taiwan.

Dengan latar belakang tersebut, Pengerusi ARATS, Chen Yunlin tetap berusaha mendorong kedua-dua pertubuhan itu agar mengadakan perbincangan sekali lagi tentang perkara yang menjadi kepentingan bersama bagi kedua-dua pantai Selat Taiwan menjelang penghujung tahun ini. Beliau berkata:

"Rundingan antara ARATS dan SEF terputus 10 tahun yang lalu. Kami telah kehilangan banyak masa, dan banyak masalah yang perlu kami selesaikan sekarang. Walaupun perbincangan antara kedua-dua pihak telah dimulakan semula pada bulan Jun yang lalu, namun jika ia tidak dapat diteruskan pada masa depan, ia akan menjejaskan kepentingan rakyat kedua-dua pantai Selat Taiwan."

Pengerusi Chen Yunlin dan rombongannya telah tiba di Taipei dan bersedia mengadakan perbincangan dengan SEF esok. Selepas tiba di hotel tempat menginap, iaitu Hotel Yuanshan, Chen Yunlin menyatakan bahawa misi utama beliau dalam lawatan kali ini ialah: pertama, ARATS dan SEF mengadakkan perbincangan tentang penerbangan langsung, perkapalan langsung, kerjasama sektor pos dan keselamatan makanan serta menandatangani perjanjian; dan, kedua, bertukar-tukar pendapat tentang kaedah mengatasi pengaruh negatif terhadap kedua-dua pihak ekoran krisis kewangan sejagat yang berlaku sekarang. Selain itu, mereka juga akan bertukar-tukar pendapat tentang langkah untuk menyempurnakan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang pelancongan serta menjadualkan perbincangan antara mereka pada tahun depan. Beliau berkata:

"Matlamat perbincangan kali ini amat jelas. Perkara yang akan dibincangkan akan memanfaatkan rakyat kedua-dua pantai Selat Taiwan. Isu politik tidak terkandung dalam perbincangan kali ini, lebih-lebih lagi sebarang topik politik di Taiwan."

Pakar isu Taiwan di Universiti Persekutuan Beijing, Encik Zhu Songling berpendapat bahawa kesemua agenda yang akan dibincangkan bermanfaat untuk meneruskan kerjasama antara kedua-dua pantai Selat Taiwan.

Rundingan yang akan diadakan antara Chen Yunlin dengan Chiang Pin-kung esok juga merupakan rundingan pertama antara pemimpin tertinggi kedua-dua pertubuhan yang diadakan di Taiwan sejak mekanisme perundingan diwujudkan antara kedua-dua pertubuhan itu. Pakar isu Taiwan di Akademi Sains Sosial China, Encik Peng Weixue menyatakan:

"Chen Yunlin ialah wakil peringkat tertinggi tanah besar China ke Taiwan sejak tahun 1949. Ini sangat bermakna bagi meningkatkan kepercayaan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan."

Lawatan Chen Yunlin ini akan berlangsung sehingga 7 November nanti. Perjanjian terakhir akan ditandatangani selepas rundingan antara kedua-dua pemimpin itu esok.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |