Tabung penyelidikan dan pembangunan tenaga telah ditubuhkan di Singapura untuk menyelesaikan masalah tenaga negara itu.
Dalam jamuan sambutan Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura malam tadi, Menteri Perdagangan dan Industri, Lim Hng Kiang berkata, tabung yang berjumlah 25 juta dolar Singapura ini akan menyediakan bantuan kewangan kepada institusi-institusi yang mahu menceburkan diri dalam penyelidikan pembangunan fungsi tenaga dan pembentukan mekanisme pasaran yang berkesan, serta membangunkan prasarana baru yang boleh membantu menyelesaikan masalah tenaga.
Beliau juga menyatakan bahawa walaupun Singapura merupakan sebuah negara yang kecil, namun, ia bersedia dan mampu untuk memberikan sumbangan kepada usaha untuk menyelesaikan krisis tenaga yang kini merebak di seluruh dunia.
|