
Pinata berbentuk keldai setinggi 18.9 meter yang diisi dengan kira-kira 3,600 kilogram gula-gula dipertontonkan di Philadelphia baru-baru ini. Ia merupakan Pinata yang terbesar di dunia setakat ini.

Pinata biasanya diisi dengan pelbagai barangan seperti gula-gula dan mainan. Kanak-kanak yang ditutup matanya akan cuba memukul Pinata ini dengan batang kayu. Saat pinata itu pecah, mereka akan berebut-rebut untuk mengambil gula-gula dan mainan yang jatuh berserakan.

Amalan memecahkan Pinata biasanya diadakan untuk kanak-kanak pada pesta atau perayaan di sesetengah negara Barat.
|