v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ban Ki-moon Lantik Utusan Khas untuk Masalah Congo

2008-11-04 11:15:36 CRI

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon semalam melantik Mantan Presiden Nigeria, Olusegun Obasanjo sebagai utusan khasnya yang bertugas tentang masalah Republik Demokratik Congo.

Ban Ki-moon menyatakan bahawa Olusegun Obasanjo akan bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menyelesaikan konflik di negara itu menerusi saluran politik.

Pada hari yang sama, pegawai Suruhanjaya Kesatuan Eropah menyatakan di Perancis bahawa pihaknya tidak menolak kemungkinan bagi menghantar pasukan tentera ke negara Afrika itu untuk mencegah situasi di sana daripada menjadi lebih memburuk. Setiausaha Luar Britain, David Miliband sebelum menyertai Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Luar Kesatuan Eropah berkata kepada pemberita bahawa Kesatuan Eropah sedang membincangkan cara bagi menyokong tindakan pengaman PBB di Republik Demokratik Congo dari segi politik dan diplomasi. Menurut beliau, Kesatuan Eropah akan membuat keputusan selepas Majlis Keselamatan PBB membuat keputusannya mengenai isu tersebut.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |