v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pelbagai Negara Bertindak Tangani Krisis Kewangan

2008-11-04 14:25:19 CRI

Laporan Ramalan Ekonomi Musim Luruh yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Kesatuan Eropah semalam menunjukkan bahawa 15 buah negara di wilayah mata wang Euro dan 27 buah negara anggota Kesatuan Eropah akan mengalami kemerosotan ekonomi pada tahun ini akibat krisis kewangan. Sementara itu, beberapa buah negara kini terus melaksanakan pelbagai pendekatan untuk menangani krisis kewangan.

Bank England, iaitu bank pusat Britain akan mengadakan mesyuarat mengenai dasar mata wang pada 6 November nanti, dan dijangka akan menurunkan kadar faedah kepada 4% daripada 4.5% pada masa ini. Kerajan Portugis akan mengemukakan cadangan kepada parlimen negaranya supaya Bank Komersial Portugis menjadi milik kerajaan. Kementerian Kewangan Republik Korea pula mengumumkan penambahan belanjawan sebanyak 8.7 bilion dolar A.S. bagi tahun 2009 untuk mengukuhkan usaha pembinaan infrastruktur dan menggalakkan pelaburan. Sementara itu, kerajaan negara itu juga akan mengambil tindakan mengurangkan cukai yang melibatkan kira-kira 2.4 bilion dolar Amerika.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |