v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hasil Penyelidikan China Dipamerkan dalam Pameran Penerbangan dan Angkasa Lepas Antarabangsa China ke-7 di Zhuhai

2008-11-04 17:15:07 CRI

Pameran Penerbangan dan Angkasa Lepas Antarabangsa China ke-7 yang juga merupakan satu daripada lima pameran penerbangan terbesar di dunia telah dirasmikan di bandar Zhuhai, selatan China hari ini. Pameran kali ini, buat kali pertama menyediakan "Balai Angkasa Lepas China" dan "Balai Penerbangan China". Beberapa jenis jet pejuang yang canggih buatan China, termasuk jet pejuang Jian-10 telah dipertontonkan. Sementara itu, syarikat-syarikat penerbangan dan angkasa lepas yang utama di China akan menandatangani perjanjian kerjasama teknologi dan kontrak pembelian pesawat dengan beberapa buah negara. Manakala tokoh profesional berpendapat bahawa hasil penyelidikan China dalam bidang tersebut yang dipamerkan kali ini pasti menjadi fokus para peserta dan pengunjung.

Pameran ini diadakan dua tahun sekali dan skopnya pada tahun ini paling besar dalam sejarahnya. Pameran yang akan berlangsung selama 6 hari ini telah menarik penyertaan hampir 600 buah syarikat penerbangan dan angkasa lepas dari 35 buah negara dan wilayah. Mereka menawarkan teknologi dan produk penerbangan dan angkasa lepas yang canggih di dunia. Antaranya alat penerbangan sahaja telah mencapai hampir 60 yang dipamerkan.

Di "Balai Angkasa Lepas China", para pengunjung dapat melihat pengganti kapsul orbit dan model kapsul kembali. Oleh sebab kapsul orbit kapal angkasa lepas "Shenzhou VII" telah ditinggalkan di ruang angkasa selepas menjalankan tugasnya, maka pengunjung dapat melihat penggantinya untuk membayangkan keadaan hidup dan suasana kerja angkasawan dalam kapsul orbit ketika di ruang angkasa lepas. Selain itu, bendera kebangsaan yang dikibarkan oleh angkawasan Zhai Zhigang ketika bertugas di luar kapsul di ruang angkasa, penyumbat telinga yang pernah digunakan oleh beliau serta pakaian dan sarung tangan angkawasan turut dipamerkan buat pertama kalinya.

Dalam pameran kali ini, beberapa buah syarikat penerbangan utama di China telah menawarkan produk mereka yang canggih. Ketua Bahagian Kebudayaan Syarikat Kumpulan Sains dan Teknologi Penerbangan Angkasa Lepas China, Jia Ke memberitahu wartawan bahawa pameran kali ini menyediakan platform untuk mempamerkan hasil penyelidikan penerbangan dan angkasa lepas China sambil berkongsi dengan orang awam. Kata beliau:

"Produk kami melibatkan sistem penerbangan angkasa lepas, sistem peluru berpandu, industri penggunaan teknologi angkasa lepas dan industri perkhidmatan penerbangan angkasa lepas serta hasil kami yang terkini."

Dalam pameran kali ini, kami mengemukakan satu konsep yang baru iaitu 'pasukan penyelamat angkasa lepas" dengan tujuan untuk memenuhi keperluan pembangunan sosioekonomi negara, terutamanya menjalankan tindakan penyelamatan dalam usaha menyelamat dan mencegah bencana serta dalam keadaan kecemasan yang lain."

Di samping itu, syarikat utama China yang mengeluarkan produk penerbangan dan angkasa lepas akan menandatangani perjanjian kerjasama dan kontrak pembelian pesawat dengan beberapa buah negara. Antaranya, yang paling menarik perhatian awam adalah Syarikat Kapal Komersial China Bhd. yang akan menjual 25 buah pesawat ARJ21-700 yang diselidik dan dikeluarkan oleh China kepada Syarikat GE dari A.S., dengan nilai 5 bilion yuan RMB. Ini merupakan kali pertama pesawa penumbang China dijual kepada pasaran Amerika Syarikat dan Eropah.

Menurut pegawai dari Kementerian Industri dan Maklumat China, pesawat penumpang bersaiz besar yang diselidik dan dikeluarkan oleh China akan dipasarkan menjelang tahun 2020.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |