Sidang Majlis Jawatankuasa Sempadan Bersama Thailand dan Kemboja akan diadakan di Siem Reap, Kemboja pada 10 dan 11 November nanti. Ini merupakan sidang rasmi yang pertama antara kedua-dua negara selepas Dewan Negara Thailand meluluskan Rangka Rundingan Perselisihan tentang Sempadan Thailand-Kemboja.
Jurucakap Kementerian Luar Thailand menyatakan demikian di Bangkok semalam. Menurut beliau, perselisihan tentang sempadan yang berhampiran dengan Kuil Preah Vihear itu menjadi topik utama sidang kali ini. Pihak Thailand bersedia untuk mengadakan sidang tersebut dan berharap kedua-dua pihak dapat bersabar.
Jurucakap itu juga mendedahkan bahawa Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja, Hor Namhong telah mengundang Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Thailand Sompong Amornvivat untuk mengadakan rundingan antara Menteri Luar kedua-dua negara berkait dengan masalah perselisihan di Siem Reap itu pada 12 November ini, dan Sompong telah menerima undangan itu.
|