v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

EU Ingin Jadi "Rakan Sama Taraf" A.S.

2008-11-04 16:29:43 CRI

Menteri Luar Perancis, iaitu Negara Pengerusi Bergilir Kesatuan Eropah (EU), Bernard Kouchner menyatakan di Marseilles semalam bahawa EU mahu menjadi "rakan sama taraf" A.S. dalam masalah penting antarabangsa.

Sidang Tidak Rasmi Menteri Luar 27 Negara EU telah diadakan di Marseilles semalam. Wakil Kanan EU yang bertanggungjawab atas dasar luar dan keselamatan, Javier Solana dan Ahli Jawatankuasa Hubungan Luar EU, Puan Benita Ferrero-Waldner telah menghadiri sidang itu. kedua-dua mereka juga mengadakan sidang akhbar bersama dengan Kouchner selepas sidang itu berakhir.

Kouchner menyatakan bahawa EU telah menggubal sebuah dokumen untuk meningkatkan hubungan rakan baru EU-A.S. yang akan diserahkan kepada A.S. selepas Presiden baru negara tersebut terpilih. Beliau memaklumkan bahawa dokumen tersebut mengandungi 5 bahagian, iaitu "prinsip pelbagai hala", "masalah Asia Barat", "masalah Afghanistan dan Pakistan", "hubungan dengan Rusia" dan "sikap menghadapi negara China, India dan Brazil". Beliau juga menyatakan bahawa EU bukan memaksakan pandangan mereka kepada A.S., malah hanya mengeluarkan pandangan sendiri tentang masalah antarabangsa.

Solana pula menegaskan bahawa EU akan terus bekerjasama dengan A.S. dalam pelbagai masalah penting antarabangsa.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |